Saturday 19 November 2011

RPH

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

(Beserta program LINUS-Numerasi)



Mata pelajaran             : Matematik Tahun 2 Sentosa



Tajuk                           : Perpuluhan



Masa                            : 60 minit



Standard Pembelajaran           : 7.1(i) dan (ii)



Objektif pembelajaran             :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-

a)      Menukar pecahan persepuluh kepada perpuluhan

b)      Menyebut perpuluhan, sifar perpuluhan satu hingga sifar perpuluhan sepuluh dengan betul.



Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :-

Murid Perdana

  1. Perbincangan mengenai kad pecahan dan kad nombor persepuluh yang dipamerkan
  2. Bersoaljawab tentang perpuluhan berdasarkan jadual pecahan kepada perpuluhan.
  3. Menyebut nombor perpuluhan satu persatu berdasarkan kad pecahan persepuluh dan pecahan persepuluh tanpa jadual secara rambang
  4. Padanan kad perpuluhan dengan kad pecahan persepuluh secara rawak.



Murid Linus

  1. Bersoaljawab tentang kad pecahan persepuluh
  2. Membaca  satu persatu mengikut guru berdasarkan jadual pecahan kepada perpuluhan
  3. Sebut dan padankan kad perpuluhan berpandukan kad pecahan persepuluh dengan bimbingan guru.



Elemen merentas kurikulum(EMK):

  • Kreativiti (memadan)
  • Bahasa melayu(membaca)



Bahan bantu mengajar

Kad pecahan persepuluh, kad pecahan persepuluh, kad perpuluhan jadual pecahan kepada perpuluhan.



Penilaian pengajaran dan pembelajaran:

Penilaian melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, perbincangan.



Refleksi :

Arus linus- 28/28 murid dapat menguasai kemahiran dan dapat mencapai objektif pembelajaran. 4 orang murid diberi bimbingan dalam kelas akan datang.



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

(Tanpa program LINUS-Numerasi)



Mata pelajaran             : Matematik Tahun 2 Sentosa



Tajuk                           : Perpuluhan



Masa                            : 60 minit



Standard Pembelajaran           : 7.1(i) dan (ii)



Objektif pembelajaran             :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-

a)   Menukar pecahan persepuluh kepada perpuluhan

b)   Menyebut perpuluhan, sifar perpuluhan satu hingga sifar perpuluhan sepuluh  

      dengan betul.



Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :-

  1. Perbincangan mengenai kad pecahan dan kad nombor persepuluh yang dipamerkan
  2. Bersoaljawab tentang perpuluhan berdasarkan jadual pecahan kepada perpuluhan.
  3. Menyebut nombor perpuluhan satu persatu berdasarkan kad pecahan persepuluh dan pecahan persepuluh tanpa jadual secara rambang
  4. Padanan kad perpuluhan dengan kad pecahan persepuluh secara rawak.



Elemen merentas kurikulum(EMK):

  • Kreativiti (memadan)
  • Bahasa melayu(membaca)



Bahan bantu mengajar

Kad pecahan persepuluh, kad pecahan persepuluh, kad perpuluhan jadual pecahan kepada perpuluhan.



Penilaian pengajaran dan pembelajaran:

Penilaian melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, perbincangan.



Refleksi :
32/32 murid dapat menguasai kemahiran dan dapat mencapai objektif pembelajaran

No comments:

Post a Comment